DIARI PUAN ELISA ![]() ![]() ![]() |
Pengalaman bersalin anak sulung @ Hospital serdang.
Tuesday, November 1, 2016 | November 01, 2016 | 0 comments
assalamualaikum.
Dah lama tak update blog since pregnant haritu. And post post yang lama haritu dah didelete sebab nak lupakan cerita yang lalu. kuikui
Alhamdulillah aku dah delivered seorang baby perempuan yang comel pada 6/9/2016 pada jam 12:05am dengan berat 3.05kg secara normal. Diberi nama MIA IZZ TIARA BT MUHD FIRDAUS. Kali ni aku nak share cerita perjalanan aku before bersalin. Taknak baca sila tutup mata :p
2/9/2016
Weekly checkup seperti biasa. Due date aku sepatutnya 04.09.2016 but sampai laa ni masih takda tanda-tanda nak bersalin. Sakit perut ke, keluar darah ke, contraction ke mmg zero. Agaknya syok ye dik duduk dalam perut ibu hari2 makan ais batu haha. Jadi nurse dah set tarikh 03.09.2016 untuk aku check in hospital supaya aku diinduce (salin paksa) sebab aku ada gdm on diet (kencing manis) jadi aku mmg tk boleh over due sbb takut bby besar jadi tkot tak boleh normal. So aku pun doa banyak2, buat senaman lah, jalan2 banyak lah, time tu dh 40weeks but aku masih boleh berlari lagi dekat mall hahaha. Tapi masih lagi takde tanda. Hati dah risau sbb induce ni sakit nak mati. Setiap malam nangis dekat suami cakap "sakit.. sakit induce, taknak induce, taknak la abg" Nasib baik suami pujuk bgthu "sakit tu sekejap je yang, yg penting anak selamat" Eleh bukan awk yg meneran nt haha.
![]()
03/9/2016
Bangun pagi semangat gila padahal hati dah dupdapdudap. Sebelum pergi minta maaf dekat parents doa supaya dipermudahkan. Singgah dulu kedai mamak minum dan makan ais batu puas2 sebab nanti dah kena pantang. Jam 10pagi sampai hospital serdang. Erm ok, ramai. Bagitahu dekat kaunter pac yg aku nak serah diri jiwa dan raga untuk diinduce sbb dah overdue. So akak nurse suh aku masuk dalam untuk check bp, air kencing bagai sebelum di seluk. Ok diseluk ni mmg sakit namati. ada lah 2-3 doktor korek2 sampai berdarah2. Fuhh dalam hati nak je aku kick doktor ni. Slow sikit la woiiii haha. Tapi bukaan baru 1cm. Sedih nya so nak atau taknak MMG KENA INDUCE. Haaa. doc dah warning and dah bgthu risiko2nya seperti bby boleh meninggal, boleh lemas blabla2. Aku dh cuak so aku ckp "doktor buat je apa yg patut untuk bby saya, saya tk kisah" hahaha mcm dlm drama. So aku pun check in lah ward. Adalah 2-3 akak pregnant yg senasib dgn aku kena induce gak. jadi kami bersama2 lah cuak. ahaha
![]()
04/09/2016
Harini hanya duduk duduk ward je sebab doc dh bagi tarikh induce iatu esok pagi (05/09/2016). Tapi mulut tak henti berzikir kaki pun tak henti2 berjalan jalan supaya terbuka lah jalan rahim.
![]()
05/09/2016
Jam 05pagi nurse dah kejut supaya mandi lepastu pergi bilik rawatan untuk diinduce. Yaallah waktu ni hati nervous hanya tuhan je tahu. Selesai mandi terus pergi bilik rawatan. Doktor bgthu yg aku akan diinduce belon supaya lagi cepat bukaan rahim. Sebelum diinduce doc check laluan masih 1cm. hmm so mmg kena induce la jwbnya. Bila doc masukkan tiub panjang tu, fuhh sakit weh tapi lepas doc dh selesai rasa mcm Ohh ok, tu je ke? ingat sakit sangat.
Bila dh balik ke ward, ha ambiikau! Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahri.
CONTRACTION datang bertalu2!! Sakit yang aku rasa mcm kena lenyek dengan kereta. Berpeluh2 tahan sakit, banyak kali aku tekan loceng sbb tktahan sakit. Nurse pun kata untuk elakkan sakit tidur mengiring. akak katil sebelah aku dia pun risau tgk keadaan aku. Sakit sngt2. Lepastu tkthu mcm mana aku boleh tertidor. Sakit2 pun aku tertidur weh. Hhahaha pukul 1 aku bgun sbb wktu tu wktu melawat and suami pun sampai. Lpstu nurse dtg sruh aku pg b.rwatan untuk tgk bukaan rahim. Doktor check2 dah 4cm alhamdulillah dh boleh turun labour room tpi doctor tangguh sbb labour room penuh. Belon pun dh jatuh. Lepas tu terus turun lendir+darah. Alhamdulillah dalam hati dh ckp "malam ni msti aku bersalin ni" Aku siap2 dh bgthu suami supaya malam ni tidur lobi hospital je, tkyah balik sbb aku thuuu sgt aku akan bersalin malam ni.
Jam 5petang. Time ni tgh layan surah maryam ttbe nurse 2-3 orang datang siap bwk katil. Aku pun blurr. Siap tanya "Nak pergi mana ni nurse?" Pastu nurse ckp "Labour room la, awk tknk bersalin ke?" haha oh yeekee. Manalee aku thu :p
Masuk je dalam labour room tu, aku dh seram sejuk. Peralatan bedah penuh keliling bilik. Cuak nya yaAllah. Suami masih menunggu untuk dipanggil dlm lr. Doc pasangkan ctg, ambik bacaan jantung bby lepastu tukarkan baju aku. Setengah jam lepastu bidan datang tgk bukaan aku lepastu dia pecahkan air ketuban. Lepas pecah tu masih boleh rileks main phone, main instagram lagi. Lepastu haaa ambikkau. Contraction lagi.
Kali ni sakit yang teramat sakit. Umpama badan kau kena patah dua. Menjerit2 aku dlm bilik sambil zikir nabi yunus. Berkali2 jerit ALLAH ALLAH ALLAH sampai nurse asyik2 jenguk aku tkot2 aku pengsan. Berkali2 jgk aku jerit "Panggil suami saya! panggil suami saya!" yela takot tak sempat jumpa dan aku mmg nak dia teman aku dlm lr supaya dia insaff sikit bila tgok pengorbanan aku lahirkan zuriat dia. Jam 7ptg baru nurse panggil suami. Time tu laki aku dh cuak tgk aku mengerang sakit, dia usap2 belakang aku, urut kaki aku, tenangkan aku, alhamdulillah sakit tu masih ada cuma bila suami ada dpn mata, rasa kurang sikit. Tapi kan, aku sempat bergaduh dgn laki aku, yela org tgh sakit boleh dia membebel aku jerit kuat sgt nanti nurse marah. Last2 aku habak, awk jgn bising la, kalau nk bising pergi keluar! Haha nsib baik suami phm aku tgh stress sbb sakit. Cpt2 aku minta maaf.
Jam 11:55pm.
Waktu ni rasa nak meneran sgt2. mcm nak teran taik tu. aku suh laki aku panggil doc, doc dtg and check, Alhamdulillah dah fully 10cm. Lepas je doc jerit "dah fully ni, dh fully!!" dengan tbe2 datang segerombolan nurse2 yang entah dari mana muncul untuk sokong aku. Tapi kan yg sedih nya suami aku tk tgk aku push sbb dia tkot darah so dia duduk luar. sedih kan tp nak buat mcm mana.
So doc bgthu " ok elisa, skrg bila awk nk teran, awk teran sekuat hati! curi nafas! jgn angkat bontot! teran kuat2 sbb kepala bby dh nmpk yaAllah lebatnya rambut dia! cepat elisa u can do it!!"
Nurse pula keliling aku cakap "Teran elisa! pushh pusshh! ingat anak ingat allah! pushh pushhh! tarik nafas dalam2!"
Aku wktu ni semangat dh berkorbar2 terus teran sepenuh hati. Selepas 5-6 kali teran, alhamdulillah keluarlah zuriat aku yg aku kandung 9bulan. rasa mcm tk percaya. doc letak bby atas badan dan kejutkan aku yg tengah letih & mamai tu. menangis aku dlm lr. doc bersihkan bby lepstu bg pada suami untuk di azankan. Nurse bwk bby dtg jumpa aku and bgthu "Tahniah elisa, bby awk bby girl" sambil tnjuk karipap dia. hehehe. Ok tu part bersalin.
PART DIJAHIT LAGI SEKSA!!
Dijahit hidup2 weyyy, hidup2! time ni la terdetik dlm hati "tknk mengandung dah seksa nya" ahahaah tp alhamdulillah ok. aku malas nak story psl jahit tu sbb aku tknk ingt nanti aku sakit. hehe
![]() ![]()
Buah hatiku.
Overall aku nak cakap, hospital serdang terbaik dari segi doktor,nurse, layanan nya. mmg ok. dari pac sampai lah ke labour room aku dapat doktor perempuan. Tukang sambut bby pun perempuan alhamdulillah. Ok lah sedikit coretan kisah aku. insyaAllah nanti aku akan up kan lagi pasal baby tiara ni hehe.
Assalamualaikum.
|